UTHM Perkukuh Jejak Kerjasama dan Promosi Pendidikan di Batam dan Kepulauan Riau

Foto bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Selasa (11/11).
PARIT RAJA, (kepriraya.com)– Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus memperluas pengaruh akademiknya di rantau Asia Tenggara melalui pelaksanaan program promosi dan jalinan kerjasama pendidikan di Batam dan Kepulauan Riau, Indonesia. Program yang berlangsung selama lima hari, mulai 6 hingga 10 November 2025, ini diketuai oleh Dr. Abdul Hamid dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), bersama Dr. Siti Marpuah dari Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), serta Encik Mohd Hazrul Fadli bin Mohd Yusoff dari Bahagian Antarabangsa (IO). Selasa (11/11/2025).
Program ini bertujuan utama meningkatkan keterlihatan UTHM di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Batam dan Kepri, sekaligus menarik minat mereka untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.
Sebagai langkah awal, UTHM turut berpartisipasi dalam Expo dan Roadshow Pendidikan di Nagoya Hill Mall, Batam, yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 9 November 2025. Pameran tersebut mendapat sambutan hangat daripada pelajar, tenaga pendidik, serta institusi pendidikan tempatan.
Acara ini turut dimeriahkan oleh kehadiran Datuk Hardi Slamet Hood, Ketua Alumni Chapter Batam-Kepri, bersama sejumlah alumni dan pelajar aktif UTHM. Mereka berbagi pengalaman, memberi motivasi, dan memperkenalkan suasana pembelajaran di kampus UTHM kepada pengunjung. Tercatat 25 alumni pascasiswazah UTHM yang kini sukses di bidang masing-masing turut berpartisipasi, didampingi oleh mahasiswa aktif dari program sarjana dan pascasiswazah.
Menambah semarak kegiatan, pada 9 November, seramai 26 staf UTHM dari Kelab Sukan dan Kebajikan (KSUTHM) tiba di Batam untuk menyertai roadshow dan berinteraksi langsung dengan masyarakat setempat.
Selain menyertai expo, tim promosi UTHM juga melakukan lawatan akademik ke berbagai institusi pendidikan terkemuka di Batam dan Kepulauan Riau, seperti Universitas Nagoya Indonesia, SMA Kartini, SMA Mondrial, SMA Juwita, SMA Yos Sudarso, IIBN Batam, dan Private English Course. Lawatan ini membuka peluang kolaborasi baru serta mempererat jaringan pendidikan lintas negara.
Sebagai penutup program, delegasi UTHM bertolak ke Tanjungpinang untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Dinas Pendidikan Kepulauan Riau serta sesi dialog bersama para pengetua SMA/SMK di kawasan tersebut. Rangkaian kegiatan ditutup dengan kunjungan rasmi ke STAIN Sultan Abdurrahman Kepri, di mana rombongan UTHM disambut hangat oleh Rektor, PM Dr. Hj. M. Faisal.
Melalui inisiatif strategis ini, UTHM menegaskan komitmennya untuk memperkukuh reputasi dan jejaring antarabangsa, serta membuka lebih banyak peluang bagi pelajar dari Kepulauan Riau dan sekitarnya untuk menimba ilmu di universiti berstatus teknikal terkemuka Malaysia tersebut. (Rbi/Zuk)

